TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELAKA
Melaka River Cruise

Jika anda mahu melihat keindahan Bandar Melaka tanpa melalui kesesakan jalan raya dan jauh daripada orang ramai anda boleh menaiki Melaka River Cruise.Kelebihan Melaka River Cruise ini adalah kerana anda boleh naik waktu siang atau malam.
Cruise ini bermula dari Jeti Muara, kemudia ia akan berhenti sebentar di Jeti Tanah Rempah dan selepas itu berpatah balik ke Jeti Tanah Rempah dimana ia berakhir.Ini cara yang bagus untuk menikmati pemandangan Bandar Melaka.
Lokasi: Melaka River Cruise Boarding Port, Jalan Tun Mutahir, 75300 Melaka
Baba Nyonya Heritage Muzium

Baba Nyonya Heritage Muzium ini dibuka pada tahun 1985 dan mempamerkan sejarah dan budaya kaum peranakan di Negeri Melaka. Gabungan 3 lot teres ini adalah hak milik keluarga Baba dan Nyanya bernama keluarga Chan yand datang menetak di Melaka dengan tujuan untuk berniaga.
Keturunanya telah berjaya memelihara banyak dari ciri-ciri dan perabot asal rumah ini jesteru menjadikan tempat ini sebuah destinasi ideal untuk sesiapa yang berminat untuk belajar sedikit tentang budaya kaum peranakan ini.
Lokasi: 48-50, Jalan Tun Tan Cheng Lock, 75200 Melaka
The Shore Oceanarium

The Shorea Oceanarium ini merupakan tarikan baru di Melaka yang bertema hidupan laut. Di sini bukan anda dapat melihat hidupan laut yang unik anda juga dapat memegang haiwan akuatik seperti Ikan Yu, Kuda Laut, Starfish dan macam-macam lagi. Anak anda boleh berseronol sambil mendapat penghargaan alam semulajadi.
Lokasi: 2F-01, The Shore Shopping Gallery,193, Pinggiran @ Sungai Melaka,Jalan Persisiran Bunga Raya, 75100 Melaka
Menara Taming Sari

Menara Taming Sari adalah Gyro tower pertama di Malaysia dan dibuka secara rasmi pada tahun 2008. Dengan ketinggian 110 meter, strurtur yang berpusing ini dapat memuatkan seramai 80 oran dan memberi pengunjung pandangan panoramik 360 darjah Bandar Melaka.
Lokasi: Jalan Merdeka Banda Hilir, 75000 Melaka
Maritime Muzium

Muzium Maritime atau Muzium Samudera, berjaya menarik sebanyak 20,000 orang sebulan. Di sini ini anda berpeluang untuk melihat bagai mana kekuatan tentera maritime memainkan peranan penting dalam menuntukan pihak yang berkuasa pada zaman tersebut.
Tarikan utama di sini merupaka replica kapal Flor de la Mar (Flower of the Sea) yang mengikut sejarah telah karam di perairan Sumatra. Agak teruja melihat bahtera dengan ketinggian 34 meter tinggi ini.
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Hilir, 75000 Melaka
Kota A Famosa

Kota A Famosa dipilah sebagai tarikan penutup tirau entri ini kerana ia sudah lama dikenali sebagai mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah Ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka.
Pada tahun 1807 banyak kebanyakkan dari pada bangunan ini telah diruntuhkan dan yang tinggal adalah sebahagian daripada pintu gerebang dan Portade Santiago. Apa yang dapat dilihat sekarang hanya sebahagian kecil sahaja daripada kubu asal. Ini adalah tarikan yang wajib dilawati semasa anda bercuti ke Melaka nanti kerana ia merupakan satu detik penting dalam sejarah Negara kita.
Lokasi: Jalan Parameswara, Bandar Hilir, Alor Gajah, 78000 Melaka
Comments
Post a Comment